Thursday, May 19, 2011

It's Pain and so..

Kebiasaan setelah menunaikan solat maghrib, aku akan mencapai Al-Quran dan membacanya sehingga tiba waktu isya'. Tapi semalam aku rasa tak selesa. Kaki rasa 'semut2' yg terlampau. Aku cuba bangun,tapi tak berdaya lalu aku jatuh. Terasa sakit yg teramat di sekitar pinggang belakang. Aku beristifar seketika. Namun apa kan daya,aku tak mampu menahan kesakitan yg semakin terasa. Duduk salah,membongkok salah,serba tak kena. Sehingga aku menitiskan air mata kerana menahan kesakitan. Dalam hati hanya mampu berkata 'Ya Allah, adakah ini dugaan dari Mu?'.. Aku redha..

Malam tu,mak cuba urut belakang badan takot2 salah tidur ke apa, tapi makin sakit. Aku tahu yang seumur hidup ku akan sentiasa bergantung pada mak dan ayah,tapi sampai bila? Aku kalau boleh tak nak susahkan mereka. Cukuplah mereka membesarkan ku dari kecil hingga kini.Sambil menanti malam,dengan keadaan belakang badan yang sakit, mata yang tidak boleh lelap, aku teruskan jua menahan kesakitan dengan membaca surah Al-Khafi.

Alhamdulilah, badan terasa kurang sakitnya dari malam tadi. Aku perlu dirawat ikut tarikh yang ditetapkan kata doktor. Ubat saraf pun telah diberi sekali dengan suntikan yang teramatlah sakit. Cuma selepas ni aku kena berhati-hati kerana risikonya tetap ada. Doktor kata ni kemungkinan effect yang aku kena masa 3 kali jatuh dulu.

Ya Allah, setiap pemberian dari Mu, aku terima dengan hati yang terbuka, aku redha Ya Allah..

No comments:

Post a Comment