Sunday, December 19, 2010

Rasa.

Duduk pada satu sudut bilik,lihat sekeliling,keadaan sunyi,cuba kosongkan fikiran, dan bermulanya persoalan yang satu persatu datang. Adakah sememangnya ini takdir?memang ini undang undang hidup?mampukah aku hadapi semuanya?sendirian?perlukah?

Sejenak cuba menghiburkan hati yang bercampur baur tadi. Kenangan hinggap. Buat aku tersenyum tapi tidak bertahan lama. Makin ingat makin sedih.

Sampai bila perlu begini?boleh aku buktikan pada semua?tidak perlu kau kata kau fahami aku. Kalau kau betul fahami aku kau pasti akan rasa apa yang aku rasa. Ahh itu hanya satu perasaan yang keluar dari mulut dia hanya untuk menyedapkan hati.Aku sudah lali.

Keliru. Keadaan kian memaksa. Dunia mengancam kita. Tapi jangan salahkan dunia kita jadi begini, tapi salahkan manusia yang sering kali menyalahkan takdir. Perlukah? Sedangkan kita hanya hamba yang lemah,alpa. Dia yang berkuasa. Dia tahu setiap genap ruang hidup. Aku hanya mampu berkata 'ish apa sudah jadi pada dunia'. Bunuh sesama sendiri demi kepentingan sendiri,demi perasaan puas,demi kebendaan dan harta benda,demi darjat,demi perasaan yang membutakan mata dan hati serta memekakkan telinga dan hanya terdengar sayup2 suara syaitan disegenap minda.

Syaitan bertepuk tangan melihat perbuatan kita yang menyerupainya. Itu yang kita mahu? Dan kemudian jalan ke syurga semakin mengecil,maka jalan ke neraka semakin terbuka luas.Simpanlah rasa ego itu. Besar ego mu tidak ke mana.

Hidup ini penuh dengan karma.

No comments:

Post a Comment