Sunday, December 19, 2010

True Life.

Rasa.

Duduk pada satu sudut bilik,lihat sekeliling,keadaan sunyi,cuba kosongkan fikiran, dan bermulanya persoalan yang satu persatu datang. Adakah sememangnya ini takdir?memang ini undang undang hidup?mampukah aku hadapi semuanya?sendirian?perlukah?

Sejenak cuba menghiburkan hati yang bercampur baur tadi. Kenangan hinggap. Buat aku tersenyum tapi tidak bertahan lama. Makin ingat makin sedih.

Sampai bila perlu begini?boleh aku buktikan pada semua?tidak perlu kau kata kau fahami aku. Kalau kau betul fahami aku kau pasti akan rasa apa yang aku rasa. Ahh itu hanya satu perasaan yang keluar dari mulut dia hanya untuk menyedapkan hati.Aku sudah lali.

Keliru. Keadaan kian memaksa. Dunia mengancam kita. Tapi jangan salahkan dunia kita jadi begini, tapi salahkan manusia yang sering kali menyalahkan takdir. Perlukah? Sedangkan kita hanya hamba yang lemah,alpa. Dia yang berkuasa. Dia tahu setiap genap ruang hidup. Aku hanya mampu berkata 'ish apa sudah jadi pada dunia'. Bunuh sesama sendiri demi kepentingan sendiri,demi perasaan puas,demi kebendaan dan harta benda,demi darjat,demi perasaan yang membutakan mata dan hati serta memekakkan telinga dan hanya terdengar sayup2 suara syaitan disegenap minda.

Syaitan bertepuk tangan melihat perbuatan kita yang menyerupainya. Itu yang kita mahu? Dan kemudian jalan ke syurga semakin mengecil,maka jalan ke neraka semakin terbuka luas.Simpanlah rasa ego itu. Besar ego mu tidak ke mana.

Hidup ini penuh dengan karma.

11 Bulan.

Okey, bulan 12 tapi cukup 11 bulan. Get it?

Hopefully dia ingat dan tak tersalah bulan lagi. Semua org boleh jadi confuse macam ni. Hihi.. Yela kita ni manusia biasa yang sentisa kena akur dengan kealpaan diri.

Saturday, December 18, 2010

Thursday, December 16, 2010

Hari ni hujan, malam dingin.




Bayu malam sampaikan rinduku padanya :)

I Grown Up with this song.




Pelangi pelangi alangkah indahmu,
Merah kuning hijau di langit yang biru,
Pelukis mu Agung siapa gerangan,
Pelangi pelangi ciptaan Tuhan :)


Seorang hamba Allah yang sangat dirindui telah mengajar aku lagu ni sejak aku kecil lagi dan sehingga kini aku masih ingat lagi akan hamba Allah tersebut. Aku hanya mampu mendoakan hamba Allah tersebut berada dalam keadaan sehat dan hanya Allah mampu membalas jasanya. Amin. Hopefully bila aku ada anak insyaAllah aku nk ajar anak aku lagu ni :) banyak pengajarannya.

Art.






Paling sayang kereta merah <3 Always sayang..

Wednesday, December 15, 2010

Miss you Nadiah Sabri.

Kadang kala keadaan menjadikan kita rasa jauh, even kita kadang2 text each other. Tapi tah nape malam ni kita ingat dekat awak Nadiah Sabri :) Actually, ikotkan hati banyak yang dah kita plan nak keluar break smester ni, tp mcm keadaan tak mengizinkan. Kita tak dapat nk luahkan benda ni depan2 dekat awak, sbb segan ;) hihi macam lah awak tak kenal kita kan. InsyaAllah, next sem kita promise we will have a great time together okey? Ouh yah next week kita dah pun janji nk makan tako tako yg awk ckp sedaaaappppp tu :) Excited ni ++ nk tengok hantu kak limah tu haaaa. hihi.. Hopefully another date yang kita dah set akan termakbul. Amin. Last but not least, I love you always my friend :)




Bila lagi dapat kita happy mcmni kan? :)

Hari Demi Hari

Seketika tadi aku dikejutkan lagi dengan pemergian arwah Saifudin B. Malik. Junior sekolah aku akibat penyakit paru-paru berair. Sejenak memikirkan, hari demi hari banyak berita mengenai pemergian orang2 terdekat. Sedih..dan pedih. Adakah kita mampu menghadapi hari pabila nyawa kita di tarik balik dengan kuasa Allah? Sebagai manusia kerdil di bumi Nya aku hanya mampu berdoa dan melakukan segala amalan, tapi cukupkah dengan segala amalan itu? Hmmmm.. Al-fatihah.. Yang pastinya hidup ini hanya sementara. Mati itu pasti, hidup insyaAllah..

I want thissssssoooo MUCH!



okeyy,sebelum tidur memang ni lah aktiviti aku iaitu melihat natang ni haa. Hopefully next year dapatlah memiliki natang ni yang namanya Fujifilm Instax Mini 25 :) Amin.

I'm Back !



Kembali pengubat kata :)