Monday, July 18, 2011

Dear Kak Zainab..

*Tahukah aku sangat merindui dirimu dan kata-kata hikmat bagi penguat semangatku dalam mengenali cinta dari Nya?

Pagi tadi sedar dari lamunan tidur yang dikejutkan dengan vibrate msg dari handphone. Dalam keadaan mamai-mamai aku terus segar melihat nama 'Kak Zainab' si pengirim msg. Aku hanya mampu menyebut Alhamdulillah..setelah sekian lama penantian akhirnya dia hantar msg padaku..

"kadang2 kita berdoa untuk kuat.tapi banyak pula dugaan yang datang..kadang2 kita minta cerdik,tetapi masalah pula yang datang..kadang2 kita minta kebahagiaan tetapi huru hara pula menjelang..dugaan menjadikan mental kita kuat,masalah mejadikan kita berfikir,huru hara menjadikan kita tabah..SUBAHANALLAH..betapa hebatnya Allah..semuanya ada hikmah..telah berkata Jibril a.s..'Wahai Tuhan,Engkau sampaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman.,"Biarkan hambaKu itu..kerana Aku mencintai rintihan suaranya.." -Anas Ibn Malik r.a-

Hijjab

Melihat pada trend masa kini, ramai dan 'terlalu' ramai gadis semasa masa kini mengenakan tudung. Syukran,Alhamdulilah :) Tetapi..opsss..ada tetapinya tu, ramai juga yg menyalah ertikan dengan pemakaian bertudung. Maksud saya disini, ada segelintir gadis semasa masa kini mengenakan tudung hanya sekadar untuk berfesyen. Hakikatnya tak salah,mana tahu terbuka pintu hati nk pakai tudung betul-betul kan? Amin.. Yang menjadi tanda tanya saya sekarang,adakah batas-batas aurat untuk bertudung masih dikekalkan? eeerrr..sebab sekarang ni terlalu banyak sangat trend bertudung masa kini..
Setelah membuat pemerhatian *saya juga masih dalam kekeliruan, ni yang saya jumpa.. Agak menarik,dan ini yang saya mahu kongsi bersama.. :)